never feeL aLone!

Followers

OWNERS

OWNERS

9 Jul 2011

meReka JUga anak keciL..

Assalamualaikum Readers! Sihatkan? Mabrur..
having stOmach ache

View saya kali ini bukanlah berkisar tentang perjalanan politik, perhimpunan atau seangkatan dengannya. Bukan saya sudah mengangkat ‘White Flag’, tetapi kita tinggalkan sebentar topic itu kerana saya yakin, kita masih punya akal untuk sentiasa menilai..

Hari ini di gerai, saya didatangi oleh 2 orang kanak-kanak perempuan sekitar 10 dan 11 tahun saya kira. Atau mungkin lebih kecil atau lebih banyak umurnya. Ya, mungkin juga.

Kata si tudung ungu: “Kak, nak air cola 50sen!”

Saya tersenyum. Harga yang biasa untuk kanak-kanak sepertinya..

Kata si tudung biru pula: “Kak, nak air cincau 2! Satu 30sen, satu 40sen!”
Senyuman saya pudar perlahan-lahan..

Monolog saya ketika itu, ‘Alamak dik, air ni RM1! Paling-paling pun, 50sen..”. Otak saya ligat berfikir. Lantas saya tenung wajah adik bongsu saya. Dia tertawa seronok dengan permintaan si tudung biru itu. Si bongsu lantas memberi isyarat, ‘buat jela…’.

Saat inilah saya memandang langit (sempat lagi kan?) dan memohon ALLAH berkatkan rezeki saya dengan permintaan si tudung biru itu. Saya mohon ALLAH berikan saya keadilan dalam perkara ini. Saya mohon ALLAH halalkan rezeki saya dengan sebanyak mana air yang saya bungkuskan untuk si adik bertudung biru itu. Mudah-mudahan saya tidak tersilap sukatan dan adil dalam harga yang diminta. Yelah, bayangkan macam mana nak beza sukatan air untuk 30sen dan 40sen! Air bukan macam gula-gula. 2biji 10sen. .

Saya jelaskan pada mereka ketika siap membungkus air,
“Yang plastic ni untuk air seringgit. Kalau 50sen, kurang lagi dari seringgit. Yang ni pulak plastik untuk air 40sen. Yang ni 30sen. Kurang sikit dari 40sen tadi.”

Adik-adik ini mengangguk bersama senyuman, seolah-olah saya telah membuat perhitungan yang maha adil. Mereka seterusnya berlari-lari ke tujuan yang sebenar selepas menjerit, “Terima kasih kak!”

Lega saya….. Adil itu subjektif dan sensitive bagi saya. Adil yang dalam erti kata sebenar tiada penindasan mahupun berlebihan dalam urusan jual-beli.

Bagaimana pula kalian mengatur ‘adil’ itu..?





kata-kata tak mampu gambarkan ape aku rase

KALAU SENYUM TANDA BEST LA TUUUUUUU

No comments:

EH,TAK BOLEH EK?